Jumaat, 21 Julai 2017

AH-Kecederaan kaki

2Jun-Petang tu macam biasa-aku sibuk dengan tugas harian aku.Cuma hari tu aku tak masak sebab HA kata berbuka kat luar.Jadi aku mengiron baju-baju yang perlu diiron.Tengah layan iron aku dengar buci kaca berderai yang  kuat sangat,keluar-keluar dari bilik tengok cermin atas rak tv dah berkecai.Aku tak tau la apa yang dibuatnya.MA dengan aku masa tu sibuk kacau aku iron baju,aku & MA terpaku tengok kaca-kaca tu,ada dalam 2minit aku biar & tengok je,tak tau nak buat apa,aku marah AH,dia xcakap apa-apa pun,pastu aku nampak kaki dia berdarah,menakutkan...aku teru dukung & basuh kaki dia,baringkan dan tinggikan kaki dia.Dia tak menangis tapi merengek-rengek je.
Aku nak berhenti kan darah.Mula-mula aku tengok dah ok darah dah berenti.So aku tinggalkan dia nak bersihkan kaca-kaca yang berkecai,AH sibuk bangun -dia memang tak boleh duduk diam.Bila dia bergerak-gerak tu darah keluar balik.
Aku takut ada kaca yang masuk dalam kaki dia,so aku bawak jugak ke klinik.Masa aku sampai tu dah pukul 7,orang dah standby nak berbuka,doktor pulak takde,doktor pun nak cari juadah berbuka.Duduk tak sampai 5minit doktor pun masuk,
Dia cuci luka & pastu jahit luka yang koyak tu.dapatla dia 4 jahitan.
Kos rawatan RM84, lagi  seminggu kena datang lagi sebab nak buka jahitan.Masa buka jahitan dia charge RM10je.


Ni masa dah kering


Buka balutan

Dia macam takde masalah,ok je,duduk kejap lepastu ligat la dia bergerak,Dia tau macamana nak bergerak dalam keadaan kaki dia macamtu.



ROMBONGAN KE SUNWAY PETTING ZOO



20Julai -First time lepaskan MA,pergi jalan-jalan tanpa kitaorang.Bagi pengalaman baru kat dia,biar dia rasa berjalan-jalan dengan kawan-kawan pulak.
Trip ni pergi Sunway petting zoo dengan KL city gallery.Bayaran untuk trip ni RM70.
Pukul 7.30 dah hantar dia berkumpul dekat Siddiq.Gerak awal sebab bas nak pick up anak-anak dari cawangan lain.
Aku hantar dia kejap,pastu aku tak boleh tunggu dah nanti lambat pulak sampai office.Cikgu-cikgu tu taula nak handle budak-budak ni macamana kan





Apa la yang ditengoknya


Lambai kat ibu.Masa ni aku dah masuk kereta,tengok dari jauh je

First time naik bas tanpa ibu & ayah
Renit-renit je semua,tak dapat kesan dia kat mana



















Pukul 7 lebih baru sampai rumah,amik dia dekat Siddiq jugak,bas turunkan kat situ.Excited dia bercerita pengalaman baru dia....seronok tengok anak happy.😂😂😂
Malam tu ingatkan dia pengsan awal,tapi tak siap nak sambung tengok cerita dari mastika pulak.

Sabtu, 15 Julai 2017

Jamuan Raya 2017

14Jul-Sama macam tahun lepas,ada sambutan Hari Raya kat tadika MA,tahun lepas bagi satay,tahun ni kitaorang cari kuih kemboja.Mula-mula aku nak cari apam polkadot,tapi tak jumpa,last minute jumpa kuih kembojaBoleh la kuih tak pedas,sesuai untuk budak-budak.Aku order 5,4 hantar sekolah 1 kena tax.Sedap la kuih ni,Order dekat Kak Rose 017-328 6295-rumah warna purple dekat lorong mesin basuh.
MA taknak pakai baju Melayu hijau tu,dia nak pakai baju melayu merah yang beli masa dah terdesak sebab baju raya tertinggal.Masa aku nak iron baju merah tu,tengok benang dekat kaki baju tu dah rentas,tu aku tunjuk kat dia,barula dia nak pakai baju melayu,siap pergi ambi sampin,belasah la nak ooi...
Makanan meriah sumbangan mak bapak.Macam  ada aku tengok





Ini je cerita raya MA dengan tadika dia

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...