Jumaat, 17 Jun 2016

Abah dah takde

12Jun2016 bersamaan 6Ramadhan-Hari terakhir abah @ ADNAN YEOB IBRAHIM atas muka bumi.
Semalam hari Sabtu kitaorang baru pergi tengok abah kat rumah Kak Anim.Abah nampak sihat je,nampak cergas je.Cuma abah tak keluar dari bilik,abah duduk dalam bilik je.
Kitaorang pergi econsave belikan abah betik,abah teringin makan betik. Nasib baik ada.
Hari ahad petang-Kak Lin & abg ngah pulak melawat abah,masa kak lin datang abah dah nampak lemah,tapi abah sempat makan lemang,Abah memang suka lemang.
Kak Lin & abg ngah yang menguruskan abah,mandikan abah pastu bawak abah ke hospital ampang.
Kitaorang tak pergi melawat abah,sebab kat hospital budak-budak tak dibenarkan,HA pergi sorang lepas berbuka..HA sampai kat hospital pun lambat dalam pukul 9lebih,950 dia hantar mesej kata abah dah takde.Macam tak percaya,tapi itulah kehidupan.Aku terus kemas beg.
Aku bagitahu pada MA-atok dah takde,soalan yang keluar dari mulut dia-abah nangis tak?Alahai anak,apa je yang dipikirkannya.
Baru semalam kitaorang discuss macamana itinerary nak balik kampung dengan abah,tengok-tengok abah dah takde.
Kitaorang bertolak ke Kampar dalam pukul 3pagi,sahur siap-siap,takut tak sempat nanti.Sampai kat rumah Subuh,adik beradik lain dah sampai.
Kebumi abah awal,sebab semua dah siap-dimandi dan dikafankan di hospital.
Pergilah abah menghadap pencipta....




Sabtu, 4 Jun 2016

Mangsa keadaan

27May-Tiba-tiba teacher ros call lebih kurang kul 12tgh,Dia bagitahu kepala MA berdarah,dia explain lagi MA kena baling kerusi dengan sorang budak istimewa(Autisme).Dia kata teacher-teacher dah letak ubat gamat,Mirza pun tak nangis,Aku ingat tak serius sangat,ingatkan luka kecik je,rupa-rupanya besar,aku kata takpe,aku on the way balik.
Lepas dari teacher rose call,mak suspek pulak telefon aku,Dia kata dia mintak maaf sangat-sangat.Aku kata takpe,budak-budak biasa la.
Bila aku sampai,teacher cerita kronologi kes,diorang tengah Q nak makan tengahari,lepastu budak ni selalu baling-baling barang macam beg dia,tapi dihari kejadian,beg dia tergantung dekat kerusi,makanya dengan kerusi-kerusi melayang,MA dekat depan sekali,jadi dia la yang kena,dengan sorang lagi budak yang berdiri belakang MA.Budak ni tak teruk,cuma merah je.
Teacher kata MA tak menangis & tak mengadu apa-apa pun,teacher tau pun bila budak-budak yang lain bagitau kepala dia berdarah.Anak ibu kuat!


Aku terus bawak dia pergi klinik,mula-mula bawak dia klinik keluarga,tutup la plak.Lunch time.
Pastu aku ingat nak bawak pergi Serena,tengok dekat kad,dia dah tutup.
Pastu aku mencari klinik di bandar baru plak,tutup tapi diorang nak jugak tengok apa yang terjadi,diorang panggil doktor,doktor keluar walaupun doktor tu tengah makan,dia tengok2,dia kata dalam,dia tak boleh buat kena pergi hospital.Ok.....aku malas nak buang masa kat hospital,nak menunggu lama-lama,jadi aku decided pegi PMC.Sampai-sampai je aku bagitau diorang kepala MA berdarah,terus diorang panggil doktor,doktor suruh cukur rambut dia then terus jahit.Masa jahit pun dia tak menangis,Aku rasa sebab dah kena bius,mana dia nak rasa.Nurse & doktor puji-puji dia.Ibu bangga dengan anak ibu.Dia dapat 5 jahitan,ubat tahan sakit & ubat antibotik.

Ni lepas balik dari PMC,Lepas keluar dari PMC tu aku bawak dia pergi makan,aku makan nasi ayam,dia plak makan roti bakar.Dia lapar sangatla tu,habis roti dia makan sambil baring-baring,Dia ngantuk kena ubat bius tadi tu kot.Kesiannya tengok dia jadi mangsa keadaan.

Lepas buka jahitan-Hari ke-8 baru bawa pergi PMC.Alhamdullilah,luka dia elok kering .

Semua sekali untuk hari ni kena RM230.Esok kena datang lagi,katanya untuk dressing dan lepastu datang balik lepas seminggu untuk buka jahitan.
Total untuk semua ni adalah RM453,Mak suspek tanggung RM230.




HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...