Isnin, 8 Jun 2015

Pesta flora lagi

6jun-7Jun 2015-Ke pesta flora sekali lagi.Tapi tahun ni rasa macam kurang best,sebab orang ramai sangat kot,pastu ditambah dengan cuaca yang teramat panas,nak jalan pun tak larat dah,banyak tempat tak tengok pun,lalu je,tahun lepas siap masuk satu-satu.Faktor usia jugak ni,tapi mak semangat nak membeli orkid,aku suruh mak jalan sensorang tengok orked,aku betul-betul dah tak larat.Sakit kepala. Aku dengan AH melepak kat pintu masuk bazar tu,Has dengan Mirza tak tau pergi meronda kemana.
Keluar dari situ dalam pukul 1 kot.Pastu cari tempat nak makan pulak,pusing-pusing cari tempat makan terjumpa Handramawt,so makan kat sini,tak jauh pun dari hotel Citadines Pulze.Lepas makan terus check in hotel.


Dekat sini je yang sempat nak ambil gambar,sementara tunggu mak shopping orkid,tempat lain semua panas-nak jalan laju-laju je.


Review hotel Citadines Cyberjaya: Amat puas hati.
Bersih,location dia pun best,turun bawah ada shopping mall.Senang.
Harga RM 360 untuk apartment 2bilik.2 bilik air jugak-2 tv jugak.1 dekat hall,1 dalam masterbedroom.
Tapi satu part yang tak best adalah - breakfast.Takde makanan,Breakfast ni bukan hotel yang yang sediakan,tapi ada satu kedai dalam shopping mall tu yang sediakan breakfast.Nak kata kitaorang turun lambat,tak jugak,masa tu dalam pukul 8 lebih je.
Makanan yang diorang provide adalah bihun,roti,cereal.sosej,telur.Dah la tak banyak pilihan,lepastu makanan takde,kena tunggu lama baru dapat.Dah tunggu lama,pinggan pulak takde.Bukat setakat pinggan takde,cawan pun takde jugak!Tak professional langsung.Ini pengalaman breakfast kat hotel yang paling teruk!



Aktiviti malam:
Makan la apalagi,ingat nak pergi balik Putrajaya,tapi macam malaaaas je semua orang,jadi makan dekat Ole-Ole Bali,Uishhh makan kat kedai ni,amatla mahal,untuk 3 orang makan dekat RM200 harganya.Fuhhhhhh....kopak le mak!...lepas ni tak masuk dah kedai ni.Mahal untuk environment dia.
Harga air pun takde yang bawah RM5,paling murah RM12 kot.
Lepas makan pusing-pusing dalam mall kejap,tapi tak la meriah macam Mid Valley.Lengang je.Greentownmall kat ipoh tu lagi meriah dari sini.Mak beli kasut kat sini.
Dah habis pusing-pusing naik balik hotel.

Pagi lepas breakfast melepak lagi dalam bilik-hujan tak boleh pergi mana-mana pun.Pukul 12 baru check out.
Sekian cerita untuk cuti-cuti kali ni.




HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...