Khamis, 1 Januari 2015

CT SCAN-31 DEC 2014

Semalam Haziq kena buat ct scan...kerana terpaksa aku relakan,doktor kata ct scan ni tak elok untuk baby,tapi kalau tak buat pulak macam mana nak tau apa benda yang ada dalam hati dia tu.Risiko untuk dapat kanser dimasa akan datang...doktor yang cakap.So...redha..
Siap kena sign surat persetujuan lagi...aku sign tapi beratnya rasa dada.

Dia kena puasa 4 jam sebelum buat ct scan ni...kena puasakan baby yang tak tau apa-apa ni,kesian dia...bertabahla wahai Haziq.Ingat senangke?Dia dahla jenis yang puting kalau boleh sentiasa ada dalam mulut,puting kosong tak nak la pulak.Dugaan betul.
Mula-mula nurse bagi dia ubat tidur-minum-ok senang je.
Lepastu  kena masukkan ubat untuk clearkan benda yang nak discan tu,masukkan ikut urat,doktor cari urat kat tangan & kaki kiri kanan,tapi tak dapat sebab dia tiap-tiap minggu kena cucuk untuk ambil darah,tempat-tempat lama tu semua dah lebam...untuk cari urat tu sampai 3 orang doktor turun cucuk dia,tapi tak berjaya jugak.Aku dengar dia nangis...hati aku luluh..Haziq...ibu tak boleh tolong Haziq..
Last sekali doktor cadangkan 2 tempat-satu kat tengkuk & satu lagi kat kepala,dia kata kalau buat kat tengkuk,takut bila dia meronta-ronta atau gerak-gerak jarum tu takut tercabut.So no choice kena masuk kat kepala....Maka doktor pun cukur rambut dia dan masukkan ubat kat kepala dia..lega...selesai dah satu bab...pastu lagi sekali masukkan ubat tidur.Dia dah tidur baru boleh masuk dalam terowong aka mesin ct scan tu.Sebab kat dalam mesin tu tak boleh ada pergerakan,tu sebab kena bagi ubat tidur.Kalau orang dewasa tak payah tidur aku tengok...semua masuk dalam bilik tu dalam keadaan sedar.
Bila aku masuk dalam bilik ct scan tu,letak dia dalam tray tu...aku fikir apala rasanya duduk dalam mesin tu...panaske? sejukke?kalau la Haziq boleh cerita semua tu pada ibu kan bagus..Masa diorang nak scan dia,diorang suruh aku tunggu  kat luar...proses ni tak lama pun...dalam 5-10minit je,Dah siap scan kitaorang kena tunggu dia bangun,menunggu Haziq bagun sampai pukul 3petang.Doktor tak bagi balik,selagi dia tak sedar dari ubat tidur tu.Takut ada masalah lain pulak.
Syukur selesai untuk hari ni...tunggu 7Jan pulak untuk tahu result ct scan ni.

Lepas kena cucuk kat kepala
Kesan lebam yang lama tak hilang lagi,dah tambah yang baru

Tak boleh temankan dia...kena tunggu kat luar
Baby besar ni dah kena bagi ubat tidur,kena cucuk tiap-tiap minggu,kena buat ct scan.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...