Jumaat, 31 Oktober 2014

AMMAR HAZIQ-25 OCT 2014









Ammar Haziq dah selamat "menjengok" dunia pada 25 Oct 2014-7pm.Bersamaan dengan 1Muharam1436H.Lambat sehari dari due date.

Aku mula rasa sakit tengah hari,dalam pukul 12camtu,tapi buat relax je.sebab sakit tak berapa sangat.Call Has suruh Has balik umah abang,on standby mode.Bila dia sampai aku tengah lunch.Dia bagitau kat mak aku dah sakit,tak boleh simpan rahsia betul la mamat ni.Mak bising-bising suruh pergi hospital dah.Ok lepas makan aku siap-siap then terus pergi.Dalam perjalanan aku mintak Has nak makan aiskrim Magnum-mengada betul.Berhenti kat Petronas Simpang Pulai,then dia beli Magnum Gold...sedapnya lepas hajat aku.Dah sampai kat Ar Ridzuan,parking kereta,aku ajak Has lepak kat kedai Simpang....sebab aku tak rasa sakit sangat,sakit yang boleh ditahan lagi.Lepak-lepak buang masa kat situ.Dah buang masa pun,aku rasa nak balik je,tapi karang terberanak pulak kat tengah jalan...so check in la aku kat Ar Ridzuan dalam kul 4.
Diorang cek jantung baby dulu.ok....kena tunggu 20 minit,tapi disebabkan kat labour room sebelah ada orang tengah berjuang,aku dibiarkan almost 1 hour,sebab semua nurse & dokor tengah uruskan bilik sebelah.Dah lepas 1 jam aku tunggu,doktor datatng cek bukaan,dia kata dah buka 8cm! terkejut aku,bagus anak ibu...tak payah ibu tunggu lama-lama.Doktor pecahkan air ketuban,dan aku pun menuggu masa untuk meneran.Doktor kata mesti pukul 6 dah siap,tapi Haziq tak nak keluar pukul 6,dia lewatkan sejam,maka lepas 3 kali teran....tepat pukul 7pm Haziq keluar ke dunia.Syukur Alhamdullilah...senang sangat nak keluarkan Ammar Haziq.

Dah settle semua aku dipindahkan ke wad, malam ni ditemani suami tercinta,tanpa Mirza,first time tidur tanpa Mirza.Ibu rindukan Mirza.Macamana la Mirza bila dah jadi abang.

Terima kasih Has-sebab sudi temankan aida tempuh semua ni...
Terima kasih mak-untuk segala-galanya.
Terima kasih adik-adik yang selalu concern..



Sabtu, 18 Oktober 2014

POTONG RAMBUT

Selalu potong dekat kedai mamak,ehhh bukan selalu,first time kat kedai mamak,dia nangis,bergenang je air mata dia,yang ni pulak first time potong kat saloon,dengan ah so.Kena dengan ahso ni tak le pulak dia nak nangis,gatal merenyam anak aku ni.Tengah potong rambut dia ni,ada "band" orang cina mati lalu....ahso ni cakap paling kurang duit kena ada dalm 60k...perghhhhh...ko nak masuk tanah je pun kena mahal macamtu!parakla anak-anak yang tinggal,takpun kena buat saving untuk hari last ko kat dunia...see...Islam is Indah,no burden...of course still kena sediakan barang-barang dan sedikit duit,tapi takla sampai membebankan.
Ok...aku suka hasil kerja ahso ni...kemas,banding dengan mamak.


Lepas potong rambut jalan-jalan kat tasik bandar baru pulak,menghabiskan masa dengan dia sebagai anak tunggal selama 2 tahun lebih.
Lepas potong rambut nampak macam budak cina

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...