Kat belah aku tahun ni kitaorang memecahkan tradisi yang tak pernah kitaorang buat sebelum ni,iaitu ambil gambar kat studio.Aku dapat rasa mak terkilan sebab ada sorang makhluk tak ade,tapi apala maknanya kalau dia ada pun.Itu pada aku,pada mak dia tetap anak.Barula lengkap kalau semua ada.
Persiapan tahun ni takde apa,biasa je,beli baju,kuih aku beli sejenis je,tapi dapat makan 1biji je sebab dah berkulat.Yang lain-lain mak yang lebih-lebih buat.Agaknya bila dah ada cucu ramai ni mak jadi bersemangat buat persiapan hari raya,buat kuih,buat baju untuk cucu-cucu & tempah langsir jugak.
Yang aku terkilan aku tak dapat spend time,tidur kat umah opah,kesian opah...sorang je.Opah mesti rasa sunyi,raya pun xde orang tido kat umah opah.Nak buat camner,masing-masing ada comitment yang tak dapat dielakkan.Cuti semingu je,tapi nak pergi sana sini.Rumah Nor pun tak dapat pergi,padahal dah sampai dah kat Taman Sentosa tu,rasa macam tak cukup masa je.
Macam biasa pagi raya aku selalu ada kat rumah Has,lepas balik dari kubur arwah mak,baru pergi jumpa mak,lepas jumpa mak,pergi rumah ayah plak,dari rumah ayah pegi pulak rumah opah,petang baru balik rumah has.
Malam yang lain takde kemana-mana duduk melepak kat rumah je,tapiiiii kitaorang 3 beranak jalan-jalan cari makan kat bandar baru,kedai mamak yang dihajati tutup pulak,pusing-pusing lagi tengok-tengok ada 1 kedai tomyam bukak,huh nasib baik,maka kitaorang pun makan le kat sini.Ada jugak kedai melayu yang nak bukak time-time raya ni,Bagus!!!sesuai untuk orang-orang pemalas macam aku ni.
Sekian raya pertama....2014
Family aku |
Ija,abah,iju n atok |
Family Has |