Rabu, 19 Februari 2014

Tasik biru

Dah duduk kat sini 3tahun,tapi barula hari ni kitaorang ada hati nak lepak kat tasik ni,selalu petang weekend orang penuh,mat rempitla,orang jual barang makanan la,hari ahad pagi lepas breakfast dekat Siddiq kitaorang bawak Mirza datang sini,saje bagi dia main air tasik tu,nampak je jernih, tapi ....ada macam-macam cerita.
Tahun lepas yang paling ngeri...ada mayat terapung kat tebing tasik ni,dari rumah kitaorang memang nampak jelas mayat tu...bomba,polis semua datang nak keluarkan mayat tu.Proses nak keluarkan mayat ni punya la lama.Dari tengahhari membawak ke petang.Kedai-kedai makan & rumah-rumah kat tepi jalan tu pun rasanya air kumbahan diorang disalurkan ke tasik ni jugak.Jadi aku ada rasa geli sikit dengan kebersihan air kat tasik ni,tapi kalau tengok budak-budak yang berkubang kat sini macam seronok je diorang mandi-manda.
Kat area tasik ni jugak selalu orang shooting,Has pernah terserempak dengan Zamarul Hisham & Johan (botak ),cerita Zizan & Izara pun ada,cerita Jodoh pun ada-Scha dengan lelaki rambut panjang tu,apatah nama dia.Memang selalulah,Pengantin pun banyak buat photo shoot kat sini.


Tayang bontot


Repair bilik air

Lantai bilik air rumah aku bocor,jadi rumah bawah complaint,so kena la kitaorang repair.
Nasib baikla diorang nak kongsi separuh-separuh.Total seribu,kitaorang RM500 diorang pun RM500.
Yang malasnya bila ada kerja-kerja camni rumah jadi berabuk sangat-sangat.
Aku ambil cuti hari khamis tu sebab dia kata nak buat dah,harap-harap bolehla siap dalam 3harini.Esok Has pulak take turn untuk cuti,sabtu memang aku pun cuti.
Pekerja dia datang pukul 10pagi,pecah-pecahkan tiles 2-3 keping dia turun buat rumah bawah,dekat pukul 4 baru dia datang balik pecahkan tile,lepastu letak water proffing,menyampah betul...lambat betul prosesnya.
Esok pulak sambung..jumaat...masa aku balik diorang dah pasang tiles tapi ada sikit ruang yang tak tampal lagi,sikitje pun,takde la rasa dia nak siapkan benda yang tinggal seciput tu je..pemalas betul,Alasan dah pukul 6.30ptg,nanti guard naik...alasan bagus betul.
Sabtu-seorang siapkan yang tinggal seciput tu,seorang lagi pecahkan bilik air yang lagi satu,buatnya kalau Mirza berak...camnerla nak basuh,dua-dua bilik air dah tak boleh guna.Tapi nasib baik la dia xberak.Pukul 12.30 tu diorang break,kitaorang serbu bilik air yang dah siap tapi belum kering,gila!dari pagi tahan sampai ke tengah hari.Lantakla dia,saper suruh buat kerja lambat.Sabtu tak siap lagi,dia kata bagi dia kunci rumah,Isnin dia siapkan,no choice,takkan nak ambil cuti lagi,semata-mata nak tunggu dia siapkan bendatu.
Syukur balik kerja bilik air tu dah siap,aku kena mop rumah pulak,berdebu.
Inilah hasilnya :-
Ni letak water proofing

Ni dah siap-gambar ni Mirza yang ambilkan.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...