Selasa, 28 Januari 2014

I CITY

25-26Jan.-Has belanja pergi I City,siap tidur  kat sana lagi.Cek in kat I city boutique Hotel
Macamla rumah jauh sangat dengan I-City tu. 30++km je.Takpe dia bila tengah banyak duit memang macamtu pun,baru dapat bonus.Layan je.

Kitaorang sampai awal kat I-city tu,rasa dalam pukul 1 camtu,ingatkan bolehla cek in awal,tapi tak boleh,melangut la kat dalam tu,pulak tu bila dah masuk dalam kawasan i-city tu kena bayar parking,nak keluar rasa rugi la pulak kena bayar RM10,padahal baru masuk kejap je.Bawak Mirza jalan-jalan dalam kawasan tu,dia asyik tuju tempat mesin mainan tu,bila naikkan takut la pulak.

Bila dah cek in dah siap sembahyang semua,aku menghabiskan masa dengan tidur. Has dengan anak aku tak tau apa cerita diorang,yang aku tau Mirza "mengexplore" bilik,kejap-kejap karang dia bukak pintu bilik air,aku tak tau apa la yang best sangat bilik air tu yang dia sibuk sangat.Pastu Has pergi beli KFC,dekat je dalam kawasan tu je,makan lagi!

Malam lepas Magrihb baru kitaorang keluar dari bilik,Mirza banyak buat hal,entah apa yang tak kena,sikit-sikit nak merajuk.Dah meneroka I-city,kitaorang balik ke tempat mainan budak-budak,biarkan Mirza main benda-bendatu,ingat takut tapi tak pulak!seronok dia main dalam benda pusing-pusing tu.


Review hotel :
1) Bilik kecik sangat-sangat
2)Bilik air ok,bersih la jugak
3) Toiletries tak bagi-towel pun tak bagi
4)Bilik kurang pencahayaan-lampu malap sangat-tak suka
5)Ada breakfast-tapi ada keow tiow dgn apa ke,yang lain-lain kena beli sendiri.Air minum adalah tersangat mahal!

P/S :😸😸😸

Katil ok
Almari takde-ada hanger je

Selasa, 7 Januari 2014

DATING+ BEFDAY

Macam biasa bila befday aku,or Has or Mirza,aku akan ambil cuti.Pada aku hari jadi mesti dilalui dengan hati yang tenang tanpa sebarang keserabutan kerja kat office.Itu  sebab aku bercuti dan Has pun nampaknya tahun ni dia sudi temankan aku bercuti,jadi dah planed untuk pergi dating.
Anak tak ikut,dah nama pun datingkan?kan?kan?

Lagi sekali tempat yang dituju adalah midvalley,tahun lepas pun dating kat sini gak.Macam takde tempat lain kan? Dah tu pun tempat wajib masa bercinta dulu....jadi konon-konon nak  mengimbau kenangan masa bercinta la tu.

Aktiviti adalah merayau-rayau dalam mall tu ,lepas tu lepak kat secret recipe tu je,pastu balik rumah,balik awal sebab tak nak sangkut dalam jem waktu orang balik kerja nanti.

Lepastu malam celebrate dengan anak pulak.
Ini je gambor yg ada


Rabu, 1 Januari 2014

Tahun baru

Cuti lagi best nya,tapi nak kerja esok mesti rasa malas.
Kitaorang takde la kemana-mana,merayap macam selalu,buang masa & buang duit jugak.

Mirza pulak tiba-tiba demam,patutla pagi tu dia mengada-ngada lebih,bila malam demam dia jadi kuat.
Yang susahnya budak ni nak bagi ubat.Ubat masuk bontot pun susah.
Kalau aku sorang yang masukkan,sampai ubat tu jadi kecik barula berjaya dimasukkan ke bontotnya.
Bagi ubat makan pun susah,tapi dengan Ana,ana kata  senangje nak bagi dia makan ubat..
Yang geramnya letak kain basah or cool fever pun nak nangis macam kena dera je.
Mak kata budak-budak memang macamtu,depan parent dia akan jadi extra mengada-ngada.
Kesian anak ibu demam,tak larat je mukanya.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...