Rabu, 11 September 2013

Berat rasa dada



C&P :hmetro


YaAllah jauhkan keluargaku dari bencana...amin
Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
Foto
KESAN percikan darah jelas kelihatan pada dinding rumah.

Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.


Anak 2 tahun maut jatuh kolam terbiar

Bentong: Luluh hati seorang ibu apabila anak tunggalnya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 September ini ditemui lemas di dalam sebuah kolam terbiar di FELDA Lurah Bilut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Ahmad Yaakob Zaili berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Difahamkan, sebelum kejadian kanak-kanak terbabit dikatakan bermain seorang diri di depan rumah manakala ibunya di dapur dan bapanya bekerja di sebuah kilang air batu.
Selepas siap melakukan kerja rumah, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, tetapi tiada sahutan menyebabkan dia bersama suaminya yang kebetulan pulang dari kerja bergegas mencari mangsa.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Razak, 50, berkata ketika kejadian, dia berada di depan rumahnya sebelum terpandang satu objek mencurigakan di dalam kolam.

“Saya memberanikan diri menghampiri objek berkenaan dan terkejut apabila mendapati ia jenazah anak jiran sebelum menghubungi Balai Polis Lurah Bilut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Kepala bayi retak

Oleh Siti Suraya Md Tap dan Raja Puteri Nabiha Raja Ayub
Klang: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan dilaporkan kritikal selepas mengalami pendarahan serta retak bahagian tengah kepala selain beberapa kesan lebam di lutut dipercayai didera dalam satu kejadian di Jalan Telok Gadong Kecil, di sini semalam.
Kejadian disedari jam 10 pagi semalam selepas pengasuh Nur Sofea Insyirah menghubungi bapa bayi itu, Mohd Shahril Ahamad, 28, memaklumkan anaknya mengalami kesukaran bernafas sebelum bergegas membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang wanita bagi membantu siasatan di rumahnya, kira-kira jam 2.30 petang. Menurutnya, wanita berkenaan yang juga pengasuh bayi itu disyaki mendera mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami retak tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak dan lebam di dahi serta lutut.
“Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual/Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan sejurus menerima laporan bapa mangsa.

“Polis juga sudah merakam percakapan keluarga, saudara mara dan jiran mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara, di HTAR Mohd Shahril dilihat beberapa kali memeluk isterinya, Siti Safrizah Ahmad, 25, yang hampir pitam di perkarangan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana tidak sanggup melihat keadaan anak mereka dan setakat jam 8.30 malam tadi (kelmarin) keadaan mangsa dilaporkan semakin kritikal.
Foto
NUR Sofea kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Difahamkan, ketika kejadian, bapa mangsa berada di Pulau Indah atas urusan kerja sementara ibunya pula sedang bekerja di Poslaju Jalan Raya Timur.

Sejurus dimaklumkan kejadian itu, pasangan terbabit bergegas ke rumah pengasuhnya untuk melihat keadaan anak mereka sebelum bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas anak sulung mereka itu tidak sedarkan diri.
Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Umi berkata, cucunya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak cucunya berusia dua bulan dengan bayaran RM300 sebulan. Difahamkan, pada awalnya, pengasuh terbabit tidak mahu menjaga cucunya dengan alasan mempunyai dua anak lain.

“Namun, disebabkan suami pengasuh berkenaan rakan sekerja anak saya, dia seakan terpaksa bersetuju menjaga Nur Sofea atas pujukan suaminya. “Sehingga Syawal baru-baru ini, saya mengesan kesan melecet pada dahinya dan juga beberapa kesan lebam pada tubuhnya sebelum menerima panggilan telefon daripada anak saya memberitahu cucunya itu sudah ditempatkan di NICU,” katanya ketika ditemui di HTAR, semalam. Katanya, pengasuh terbabit memberikan alasan kesan lecet pada dahinya adalah akibat tergesel di permaidani rumahnya ketika cucunya bermain bersama anak pengasuh terbabit yang berusia enam tahun. Selain itu, pengasuh berkenaan juga memberikan alasan lebam di dahi adalah kerana botol susunya terjatuh di atas dahinya ketika sedang minum susu. “Saya tidak sangka pengasuh terbabit sanggup melakukan perkara kejam ini kepada cucu saya dengan memberikan alasan yang tidak masuk akal,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/12


SI VULCAN

Dah menjadi idaman laki aku semenjak sekolah lagi,asyik berangan sangat nak jadi macam Awie.konon!!!
Menyampah!!,sambil tolak kepala sendiri.
Berangan punya pasal,sambil dia nyanyi lagu Awie (lagu apa ntah),sambil belek majalah motor kepala anak berdentum...grrrrrrrr.Teruk betul penyakit laki aku ni...kuat berangan.

Akhirnya 9.9.2013,dia berjaya merembat vulcan ni dari sorang otai kat Ampang.Motor tahun 1996,setakat ni nampak macam ok lagi,belum demam or sakit,bila dah sakit nanti ko sediakan jelah duitnnya,ye.

Dan sebab motor ni jugaklah kaki aku yang tak pernah ternoda dengan parut,tiba-tiba dah ada parut ekzos!!!walaweiii,cantik parut ni,jadi "cop" seumur hidup.Selalu budak-budak yang kena ekzos,ni mak budak yang dah tua ni pulak kena,nasib betullah.Mana la aku nak tau ada pulak ekzos belah kiri,yang nak buat ekzos kiri kanan tu apehal la.




HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...