Ahad, 21 April 2013

Last minute...




I hate last minute arrangement!!!Mesti nanti rasa macam tak puas hati.
Ini lah yang terjadi weekend lepas,aku terpaksa check in dekat hotel dengan harga yang mahal dari biasa.
Tapi takpela,sebab intention aku sebenarnya nak bawa mak tengok Janda Baik.selalu mak dengar je cerita kita orang pergi Janda Baik sekarang mak dah sampai pun kat Janda Baik.

Aku tak tau mak suka ke tak,tapi aku dengan laki aku memang dah "terjatuh cinta" dengan Janda Baik since first time kitaorang pergi sana masa celebrate W.A. 


Ok.Ini second time check in kat hotel ni.... Cheringin-sebab diorang bukan apartment type,aku kena ambil extra bed.Sebab diorang jugak takde family room.Bilik adalah tersangat sempit,muat-muat untuk masukkan lagi satu single bed je!Inilah part yang aku tak suka,rasa tak comfortable + sempit.

Kenala terima kan saper suruh buat mengejut ni.Padan muka ko!Untuk peringatan aku kat masa depan hotel ni takde minibar.Yang ada kettle + towel je.Tapi hotel ni service amatla bagus! cepat je bebudak tu buat kerja diorang.

Macam kebiasaan sebelum check in hajat hati nak makan kat gerai tepi jalan yang biasa kitaorang makan tu,tapi tutup pulak gerai tu,so makan la kat kedai yang berhampiran.


Dah kenyang meneruskan perjalanan ke janda baik dan terus check in di hotel.Nasib baik boleh check in awal....lepak-lepak dalam bilik sampai lepas asar baru keluar balik untuk mengisi perut.Jalan-jalan cari makan tejumpa dengan satu kedai baru...baru sangat-sangat sebab baru bukak semingu.Maka kitaorang pun  makanla kat Kathy's Kithcen.Kalau nak cari kedai ni kena berpandukan sign board,kalau cari kedai korang memang tak akan nampak sebab kedai dia kedalam sikit.Makanan kat sini sedapla sangat + environment yang macam tu,best sangat.

Aku order spagetthi seafood olio,has makan lamb kuzi dengan ayam masak apa ntah....sedap sangat.!mirza n opah makan fries.Kesian mak...makanan kat sini xkena dengan jiwa mak..

Lepas makan balik hotel,lepak-lepak n tidur.


Breakfast kat hotel ni dah xsama macam first time dulu,dah kurang variati makanan nya,tapi ok la tu.

Dah breakfast bawak mirza jalan-jalan keliling hotel,dia kalau dapat berjalan macam takde haluan je,kejap ke sini,kejap karang dah patah balik.bawak dia kat swimming pool jugak,main air kat tepi kolam je,Sorry mirza,ibu malas nak masuk swimming pool yang share dengan orang lain.

Dah tu lepak balik kat bilik sampai check out...


Itu je cerita untuk kali ini.





Rabu, 3 April 2013

Dating





Sejak kewujudan Mirza dalam hidup kitaorang,kitaorang tak pernah lagi keluar berdua-duaan,makanya kita orang merancang untuk ber"dating:".
Apply cuti,hantar Mirza kat BS,then keluar rumah seawal macam pergi kerja menuju ke destinasi yang telah ditetapkan....Mid Valley Mega Mall.Tapi sendiri mau ingatla dah keluar waktu ni memang sangkut la dalam kesesakan.
Has kata nak tengok wayang...tapi takde cerita yang menarik pun,so end up merayau-rayau kat dalam tu je,walaupun nama nya merayau-rayau,tapi banyak jugak duit yang "terkeluar" dari wallet..

Lepas tu kitaorang menuju pulak ke Amcorp Mall untuk lunch,dah lama tak lunch kat Selero Negeri,tu yang sanggup pergi AM pulak untuk menikmati lunch.Juadah wajib kat sini - pucuk ubi tumbuk masak tempoyak....perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! sedapnya & lepas rindu.
Masa kat sini pun ada juga aktiviti mengeluarkan duit dari wallet!!!apa la tak cukup-cukup.Yang paling best adalah kad parking yang hilang untuk kali ke-2 dalam sejarah hidup kitaorang.terjadi dalam waktu terdekat pulak tu.Haritu hilang kat I-City(RM50)yang ni pun kena lagi RM50!


Pastu kitaorang pergi kedai perabot pulak...nak cari almari nak letak dalam bilik mak.Jumpa pun yang berkenan di hati....RM 450....okla tu.
Dah siap semua aktiviti berdating kitaorang pun balik rumah dan kembali menjadi trio....sekian sahaja aktivit berdating kitaorang

Isnin, 1 April 2013

Dah April


Emmm kejap je kan masa berlalu,dah bulan 4.

Perkembangan Mirza-1 tahun 3 bulan
Berjalan dah laju,sekarang dah boleh membebel,tapi tak tau la apa benda yang dibebelkannya,setiap kali dia membebel bunyinya macam samaje.Bunyi macam dia sebut nama dia sendiri kot."Jija jija".
Selalu kalau cakap terima kasih dekat dia,dia pun macam akan ulang dengan rentak yang sama macam yang aku sebut.

Lepastu sekarang paling geram bila waktu kitaorang sembahyang,mula la dia pun sibuk nak sembahyang sekali.Yang paling comel bila dia "angkat takbir"dia ada buat bunyi macam tengah cakap Allahhuakbar dalam versi dia....comelnya anak ibu!

Waktu makan & waktu nak tidur pun dia baca doa-tapi doa-doa ni dia sorang je yang faham!

Macam-macam la anak ibu ni.

Note: Kalau jodoh mak & ayah panjang hari ni ulangtahun perkahwinan diorang.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...