Ahad, 30 Disember 2012

Percutian Hujung Tahun-Pantai Merdeka 28.12-29.12.2012
Hurmmm.ini percutian terakhir untuk tahun ni dan jugak percutian terakhir sebelum Cu dapat baby.

Perjalanan start dari Kulim pukul 1030,sesat gilass babi.sebab dapat salah info,sepatutnya perjalanan menuju ke Sg Petani-Tikam Batu-Kota kuala muda-PM.Ni dah salah jalan sampai ke Tanjung Dawai-sebenarnya boleh gak ikut Tanjung Dawai tapi kena naik bot dari Tanjung Dawai ke pantai merdeka,bot ini mungkin ambil masa dalam 10minit.Kitaorang taknak naik bot ni sebab barang banyak,jd kena la berpatah balik ke Sg Petani.

 Stay kat hotel Pantai Merdeka beach resort-ambil bilik Jasmine.Bilik Jasmine ni yang type ada dua bilik kat dalamnya-Harga RM280.Ok la resort ni,tapi service lembap la sangat-sangat!!!!! Sampai kat hotel lebih kurang 2.30ptg,boleh masuk bilik pukul 4.30ptg.....tension,dah la yang travel ni orang tua and orang yang pregnant,kesian mak & anis kena menunggu 2 jam.Sementara menunggu kelembapan service dioarang ni,kitaorang pun makan tgh kat pondok-pondok yang ada kat situ.

Makan pulak-kat depan hotel ada food court,tapi untuk breakfast ada 2 kedai je yang bukak,so tak banyak pilihan.Dinner- Beli kat food court tu jugak,tapi lembap gak!kesian kat husband melangut kat food court tu.Untuk lunch tak tau la banyak ke kedai yang bukak,sebab kitaorang check out awal and terus sampai Kulim baru lunch.

Warghhhhh....penatnya!!!esok nak balik Sg buloh plak....

Rabu, 19 Disember 2012

Dah setahun

Mirza,
Hari ni mirza dah setahun.....ibu doakan mirza jadi anak yang soleh dan bijak sama macam maksud nama Mirza Arsyad.
Perkembangan mirza-3 bulan - meniarap.
                                 4 bulan- mengesot kedepan
                                 5 bulan - still mengesot dengan laju
                                 6 bulan - dah boleh duduk,Berat badan mirza ok setakat ni.
                                 7 bulan - berdiri & berjalan ( berpaut ). 2 gigi kt bawah - depan dah kuar
                                 8 bulan - dia skip merangkak,dh berdiri baru dia merangkak
                                 9 bulan - sama je...xde perkembangan terbaru
                                 10 bulan- gigi atas nak kuar-mirza demam lama masa ni.Berat mirza xnaik-   naik,still 7kg.doctor suruh ibu bagi mirza makan cheese,spagetti,masukkan butter & minyak                                   dalam makanan mirza.
                                 11 bulan- gigi dah ada 4 kat atas,2 bawah, berdiri kejap-kejap tanpa berpaut.
Yang ibu tak suka :-Mirza pantang kalau ibu masuk bilik air & dapur,mesti nak nangis.
Yang ibu suka       :- Mirza makan apa aje yang ibu masakkan untuk mirza.

Hari ni abah kata nak koyakkan list yang ibu tampal kat dapur apa yang mirza boleh makan dan tak boleh makan.  :)
                                 
                               

Khamis, 6 Disember 2012

Resipi Untuk Mirza masa umur dah 10 bulan lebih-kadang kadang bagi dia spagethi yg diblender.Gigi dia baru ada 2 je kat bawah,lagi 4 kat atas baru nak kuar,jadi makanan dia masih lagi diblender,tapi blender kasar-kasar je.Nak bagi dia mengunyah jugak.
Bahan-bahan spagetti untuk mirza bawang putih & bawang merah ( cincang),isi ayam yang telah dicincang halus-agakagak dlm 1/2 cawan..tomato sebiji.(ini semua untuk 2 kali makan)
Cara-rebus tomato dulu,sejukkan lepas tu blender.
Tumis bawang dengan olive oil,pastu masukkan ayam yang telah dicincang halus,tunggu sampai ayam macam dah masak sikit baru masukkan tomato yang telah diblend tadi.Biar kejap....pastu siap.Rebusla spagetti pastu blender. Simple je....
mirza punya
Tunjuk gigi

Rabu, 26 September 2012

Gambar yang dah berusia 16 tahun,sama jugak dengan umur kitaorang masa ambil gambar ni.Mak bapak suruh pergi sekolah untuk belajar,kitaorang pulak sambil menyelam minum air...belajar + bercintan-cintun.hehehe.
Alhamdullilah jodoh kitaorang panjang sampai harini.....dan semoga terus kekal sampai ke syurga.

*Has jumpa negatif gambar ni masa tahun 2008,terus bawak kedai nak cuci,satu kedai je yang sanggup cuci.Inilah hasilnya.jadila tu.

Khamis, 13 September 2012

Accident

First time accident......lepas 8 tahun aku dapat driving license.
Details kejadian : Damansara Jaya
Time  : 8.30 am-8.40am




Date  :13Sep2012
Tak tau nak buat apa.aku amik gambar kereta yang langgar aku tu..aku ambil no phone perempuan bodoh yang tak tau undang-undang jalan raya tu.Aku ingat kan 2 benda ni dah cukup untuk membantu aku dalam urusan yang akan datang,rupanya tak.
Kalau next time jadi lagi aku harap aku tak panik....apa yang patut di buat kalau accident  :
Ni pun kalau x cedera,kalau cedera lagi la aku tak tau nak buat apa.
1. ambil no plate kereta tu,kalau boleh ambil sekali gambar kereta tu.
2.Ambil no phone orang yang terlibat.(macam tak membantu langsung...bila aku call dia xangkat pun!bodohnya manusia macamni dah buat salah tak mengaku)
3.Lodge report kat balai polis trafik sahaja!bukan balai polis yang biasa-biasa ni.within 24hours.
4.Dah buat report kena tunggu plak keputusan dari polis.dlm kes aku ni polis tu kata sendiri-sendiri tanggung kerosakan masing-masing.Senangnya lidah berkata-kata...eeeeee geramnya aku!kereta aku yang teruk sebab dilanggar,dipihak satu lagi tu aku rasa kereta dia tak rosak apa-apa pun sebab keta 4wd.
5.Untuk claim insurance pulak hantar report police dengan policy insurance pada workshop.Kalau teruk damage lama la kereta dok dalam workshop.dalam kes aku seminggu kereta ni sangkut kat workshop.

Aku kena tanggung kerugian lagi sebab sewa kereta seminggu.Kerugian lagi dekat NCB-sebab aku claim insurance.Kalau aku tau kena seribu lebih baik aku tak payah  claim insurance.Aku pun takde la nak survey kat kedai-kedai tu berape damage yang agak-agak aku kena.Kerugian lagi bila aku nak jual kereta tu nanti.Harga mesti turun gila-gila.
Takpe belajar dari pengalaman,next time aku dah ada idea macamana nak buat.

Untuk orang yang langgar aku tu,aku tak maafkan ko!!!!kita jumpa kat neraka!!


Isnin, 3 September 2012

First time mandi sungai

 Ini adalah percutian cum celebrate befday abah kat Janda Baik.Masa ni Mirza baru 8 bulan.Ini first time Mirza mandi kat sungai,nampak ok je,tak nampak pun yang dia kesejukan.

Book bilik kat Suria Hills.
Review tempat ni :-
Bilik- OK,bilik besar ada balcony mengadap laman belakang.Bilik air pun besar.TV pun ok ada astro.
Dalam bilik ada minibar tapi xde kettle.Kalau nak air panas kena turun kat bawah ambil air kat tempat dining dia.
Servis pulak-agak kureng sikit,ye la kata kan country house,bukan nya hotel pun.Kakak tu la receptionist,dia jugak la housekeeping dan dia jugaklah yang prepare breakfast.Kalau dia tengah kemas bilik ada orang nak check in at the same time,kenala tunggu dia turun  dari bilik yang tengah dia kemas tu....kesian kakak tu multi tasking betul.
 Breakfast pulak okla,biasa-biasa je.
Kawasan dia bersih,kalau nak pergi sungai ni kena jalan jauhhhhhhh ke belakang hotel,naik bukit pas tu turun bukit jalan lagi baru sampai kat sungai ni....baru boleh mandi.

****Untuk peringatan aku & laki aku......................jangan sesekali gatal-gatal nak book chalet yang ada kat depan Suria  ni(bc),teramatla tidak selesa nya,sebab kawasan sempit,and betul-betul kat tepi jalan.


Ahad, 19 Ogos 2012

Gambar family yang pertama

Masa raya 19 Ogos 2012-Tahun pertama family ni jadi 3 orang.Tema tahun ni purple.Tiga-tiga orang purple yang tak sama.okla tu janji nama colour tu masih purple.
Jenuh staff kedai gambar tu main gendang kat depan supaya Mirza tengok depan.hehe.anak ibu ni pulak sibuk tengok apa ntah yang lagi menarik perhatian dia.Ini d best shoot yang kedai gambar tu rasa sesuai untuk diframekan

Sabtu, 30 Jun 2012

Mirza masa umur 6bulan,masa ni dia sangat suka bergurau.Larat dengan tak larat je nak agah dia.

Rabu, 13 Jun 2012

Penang Trip-30 March 12

First outing Mirza.Masa ni kita g Penang dgn opah n cu.Stay kat Bayu Emas Apartment batu Feringghi.
Cantik apartment ni,dari luar nampak cam flat lama je, tak sangka plak interior kat dalam cam condo.
Tima kasih abah sbb bawak kami jalan-jalan.
Apala anak ibu ni,ibu nak tunjuk laut kat Mirza,dia tidur la pulak.
Lagi beberapa hari Mirza nak masuk 6bulan,sekarang ibu tengah cari resepi untuk anak ibu ni makan,rasa macam tak sabar nak bagi dia makan,sebab mirza bila tengok ibu & abah makan,mulut mirza yang sibuk mengunyah,macamla ada makanan dalam mulut dia tu.Geramnya ibu.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...