MIRZA -Lepas 6 tahun ibu n abah tunggu........akhirnya Alhamdullilah.Gambar ni 1st day mirza di dunia.Ibu n abah doakan mirza jadi anak yang soleh dan patuh pada segala perintah Nya.
Berseri-seri lagi kehidupan ibu n abah....
Ahad, 18 Disember 2011
17Dec 2011-Sejak semalam mata tak berapa nak tido,kejap2 terbangun.Tengok opah yang tengah tido kat sebelah dengan nyenyaknya.
18Dec 2011 6.30am- Pagi macam biasa bangun nak perform Subuh,tapi terkejut tengok ada tanda2 akan melahirkan,terus panggil mak untuk pengesahan.Apa lagi mak pun kelam kabut la sembahyang.Mak yang kelam kabut-aku yang nak beranak ni tak la rasa kelam kabut pun,sebab tak sakit kot.kalau sakit mesti aku pun kelam kabut macam mak..hehe.kesian mak.
Terus siap-siap nak pergi Ipoh,dalam otak aku,aku dah set nak cari hospital Ar Ridzuan,aku nampak hospital ni masa time raya aritu.Sang suami pulak tak ada idea langsung kat mana hospital ni.Ada sign board tapi hospitalnya dah takde kat situ.
Apasal la diorang tak turunkan signboard ni-nasib baikla ada pakcik guard yang bagitau Hospital ArRidzuan ni dah pindah dekat-dekat dengan Green town mall.Perghhh lega akhirnya sampai jugak dengan selamat.
Sebenarnya tak dirancang pun nak melahirkan di Perak.Kita yang rancang Allah yang tentukan.
8am-Sampai dekat hospital,honey aku buatla apa yang patut.aku tengok je..nurse tu tanya aku ada rasa sakit-sakit ke,aku kata tak sakit.Diorang suruh aku masuk labour room,tukar baju & nurse tu pun check bukaan rahim,dia kata dah buka 3cm.Emmm ok....diaorang suruh aku breakfast dulu,aku pun breakfast la dalam labour room tu dengan air milo and roti,sedap pulak rasa milo dalam hospital ni...
9.30am- Nurse datang lagi..cek lagi,baru buka 5cm,dia advice aku amik ubat tahan sakit.aku kata takpe boleh tahan lagi.Pastu ada nurse lain datang cek jantung baby pulak.sound good!Sambil tunggu-tunggu tu sembang-sembang dengan honey aku.mak pulak tak boleh masuk dalam labour room.kena tunggu kat bawah je,kesian mak dok sorang-sorang kat bawah.
10am-Nurse datang lagi & pujuk lagi aku amik ubat tahan sakit,dia kata boleh cepatkan bukaan jugak.aku menyerah kalah.dia cucuk terus aku pening!!!!banyaknya *******.Time ni aku dah rasa sakit-sakit yang kejap datang kejap pergi......
12noon-Doktor Raofah pulak datang,masanya telah tiba...............
12.39-Alhamdullilah n syukur...MIRZA ARSYAD BIN HASNIZAM selamat lahir kedunia.
Terima kasih doktor Raofah and nurses kat Hospital ArRidzuan atas layanan yang baik.
Langgan:
Catatan (Atom)
HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA
2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...
-
2Jun-Petang tu macam biasa-aku sibuk dengan tugas harian aku.Cuma hari tu aku tak masak sebab HA kata berbuka kat luar.Jadi aku mengiron baj...
-
Hari raya haji...macam biasa je, makan-makan je,aktiviti menziarah ke rumah opah je.Lepas tu balik rumah abang melepak je. Hari ray...